Selamat Tinggal Smart Tag..

Bagi pengguna lebuhraya atau jalan bertol di Lembah Klang pasti pernah ternampak lambang RFID di beberapa gerbang smart tag yang ada sekarang…

Ya.. tak lama lagi kita boleh katakan selamat tinggal pada lorong smart tag yang selalu tersangkut. Dah lah stress nak bayar tol, pastu stress lagi bila smart tag asyik sangkut-sangkut.

Baru-baru ini Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia, Dato Ismail Bin Md Salleh mengumumkan sistem baru bayaran elektronik tol iaitu RFID akan mula dilaksanakan secara berperingkat mulai 28 Januari 2018. Buat masa ini, lorong RFID yang ada sudah mula digunakan di peringkat percubaan oleh kenderaan Polis dan penguatkuasaan.

Bagaimana RFID berfungsi?

 

 

Kalau anda pernah ke Singapura, pasti anda pernah melihat gerbang ERP untuk kutipan bayaran tol elektronik.

RFID atau Radio Frequency Identification bertindak seperti pengimbas barkod jarak jauh yang menggunakan pengimbas atau scanner yang diletak pada gerbang. ID tag tersebut akan diimbas dan dibaca melalui gelombang elektromagnet dengan frekuensi antara 850 ke 950MHz.

 

 

Jarak imbasan juga adalah lebih jauh dari sistem smart tag iaitu sehingga 27 meter dan lebih pantas dengan masa respon sekitar 10 milisaat. Penggunaan RFID dijangka akan lebih efisien dan berupaya mengurangkan kesesakan disebabkan beratur panjang di lorong smart tag seperti sebelum ini kerana kereta memperlahankan kenderaan sehingga terpaksa berhenti.

Semoga penggunaan sistem baru ini akan lebih efisien dan mampu mengurangkan kesesakan di gerbang tol.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.