Rugi Kalau Tak Labur Saham ASNB – Datuk Vida

PUTRAJAYA – Rakyat Malaysia rugi besar jika tidak ambil kesempatan melabur dalam unit-unit pelaburan yang ditawarkan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).

“Rugi kalau tidak ada saham (ASNB), peluang terbuka, terbentang luas. Kenapa tidak ambil kesempatan? Menyimpan bukan susah,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Vida Beauty Sdn. Bhd, Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih popular dengan panggilan Datuk Vida.

Beliau yang juga pelabur aktif ASNB mengakui bukan mudah untuk melabur tetapi rakyat Malaysia perlu belajar melabur untuk masa depan yang lebih baik.

Untuk melabur, katanya, setiap pelabur perlu mempunyai disiplin bagi memastikan pelaburan dapat dilakukan setiap bulan.

“Rugi orang Melayu kalau tidak guna Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk simpan duit. Macam saya labur RM5,000, bila check dapat dividen RM700. Banyaklah tu.

“Cuba masuk (simpan) RM100 dulu, mula-mula untung (dividen) emang nampak tak banyak. Tapi kena disiplin menyimpan, kena sabar. Jangan keluarkan dividen yang diperoleh, lama-lama jadi banyak,” katanya yang hadir dalam Fiesta Pelabur PNB yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Fiesta anjuran anak syarikat Permodalan Nasional Berhad (PNB) itu berlangsung sehingga esok.

Usahawan terkenal itu memberitahu, beliau mempunyai enam daripada sembilan unit amanah yang diuruskan oleh ASNB. – MalaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!