Netizen Kecam Teruk Ibu Benarkan Anak Jadi ‘Pondan’

Seorang ibu dikecam oleh netizen di media sosial gara-gara membenarkan anaknya menjadi seorang ‘pondan’ dengan memakai pakaian wanita.

Kanak-kanak yang dikenali sebagai Nemis Quinn Melancon Golden mengaku bahawa kali pertama berpakaian seperti perempuan ketika berusia 7 tahun dalam satu program ‘This Morning’.

Nemis turut menegaskan dia akan terus menjadi seorang ‘pondan’ untuk selama-lamanya kerana terpengaruh dengan satu rancangan televisyen, RuPaul’s Drag Race.

Ibu kanak-kanak tersebut, Jessica berkata amat penting baginya untuk memberi kebebasan kepada anaknya untuk mengekspresikan dan memaparkan sisi kreatif mereka.

“Penting untuk membiarkan anak-anak mengekspresikan diri mereka dan mendukung sisi kreatif mereka dan mendorong semangat kebebasan dan menjadi seseorang yang sia inginkan,” katanya.

Jessica turut menggesa agar semua ibu bapa melakukan perkara yang sama sepertinya dalam memberikan kebebasan kepada anak-anak mereka.

“Saya mendorong semua orang tua dengan anak-anak mereka. Jika mereka ada keinginan, sokonglah dan biar mereka melakukannya,”katanya.

Gesaan berkenaan bagaimanapun dikecam ramai.

Image result for Nemis Quinn Melancon Golden

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.