Minum Arak Hak Individu Tapi Tak Perlu Buat Pesta – Balasubramaniam

KUALA LUMPUR — Pengambilan arak adalah hak dan pilihan individu tetapi menganjurkan pesta tidak harus berlaku, kata Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

Pengerusinya N Balasubramaniam berkata pihaknya tidak menyokong pesta arak kerana minuman beralkohol menyebabkan individu hilang akhlak dan minda, lapor Sinar Harian.

“Mana-mana agama tidak benarkan dan dan menggalakkan penganutnya minum arak. Dalam agama Hindu sendiri, melalui kitab Veda dan Tamil Thikutul, arak adalah perkara dilarang.”

Beliau juga tidak nampak rasional penganjuran pesta Better Beer Festival 2017.

“Kalau nak minum, minum saja, jangan dibuat pesta dan ajak orang lain minum bersama,” katanya semalam.

PAS sebelum ini membantah penganjuran pesta arak sebelum permohonan penganjur acara tesebut dibatalkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). – MalayMail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.