Kane Belum Setaraf Ronaldo, Messi Kata Pochettino

Pengurus Tottenham, Mauricio Pochettino menolak cadangan Harry Kane sudah berada pada tahap yang sama seperti Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi selepas menyamai jumlah bilangan gol untuk bulan September.

Kane dua kali meledak gol ketika membantu menewaskan Huddersfield Town 4-0 semalam, menjadikan tujuh gol dalam tempoh seminggu dan 13 gol untuk bulan September – rekod jaringan yang sama seperti Ronaldo dan Messi, lapor Awani.

Hanya Messi menjaringkan lebih banyak gol pada tahun 2017 berbanding Kane, tetapi Pochettino mencadangkan penyerang England itu sering kali menjadi topik perbualan mengenai berada pada tahap yang sama seperti dua pemain terbaik dunia itu.

“Sukar untuk berbincang mengenai Harry Kane dalam tempoh tiga hari dan sukar untuk mencari perkataan yang berbeza untuk menggambarkan persembahannya.

“Dia sangat menakjubkan di depan gol. Ketika tidak mengawal bola, Kane meruakan orang pertama yang melakukan larian, bersaing dan bekerja keras untuk pasukan. Dia memiliki mentaliti yang sangat mantap dan menjadikan dirinya salah seorang penyerang berbisa dunia.

“Kane merupakan satu contoh yang baik untuk semua orang, seorang yang merendah diri. Dia membantu pasukan memenangi perlawanan dalam tempoh tiga atau empat hari. Kami sangat gembira memiliki pemain sepertinya.

“Saya tidak mahu membuat perbandingan kerana Ronaldo dan Messi berada pada tahap yang berbeza. Kane masih muda tetapi dia juga telah mempamerkan aksi yang cemerlang.

“Kami sentiasa cuba membantunya untuk menjadi lebih baik, hari demi hari,” kata Pochettino.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.