Isteri Nabil Seloroh Mahu ‘Baby Boy’ Sempena Ulangtahun Perkahwinan

Isteri kepada pelawak Nabil Ahmad, Zira Ayub telah memberi ucapan yang cukup panjang dan manis untuk suaminya, sempena ulangtahun perkahwinan mereka yang ke enam.

Zira, menerusi akaun Instagram (IG)nya memuat naik fotonya mengucup pipi Nabil, lapor Gempak.

Menerusi entri tersebut, Zira mengucapkan terima kasih kepada Nabil yang masih setia bersamanya mengharungi suka dan duka hidup berumah tangga selama enam tahun lalu.

Sebagai isteri Zira tidak mengharapkan apa-apa selain suami yang setia serta keluarga yang bahagia bersama dua orang anak perempuannya.

Selain itu, Zira sempat berseloroh dengan meminta seorang bayi lelaki sebagai penyeri rumah tangga dia dan Nabil selepas ini.
 
Entri tersebut mendapat perhatian pengikut IGnya yang rata-rata mengucapkan tahniah serta mendoakan moga pasang itu terus bahagia di hari ulang tahun perkahwinan mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.