Afgan, Rossa Bertunang Hanya Andaian Peminat

KEHADIRAN penyanyi Datuk Rossa di sebuah majlis hiburan di Indonesia mencuri tumpuan peminat apabila dikatakan dia sudah bertunang dengan penyanyi Afgan.

Peminat mula membuat andaian tersebut setelah melihat cincin dijari Rossa yang ternyata mencuri tumpuan netizen.

Lebih-lebih lagi ketika itu Rossa mempamerkan barang kemas tersebut ketika bergambar bersama Afgan.

Menerusi portal hiburan Tribunnews.com, Rossa menafikan dakwaan tersebut dan memberitahu cincin yang tersarung dijari manisnya itu adalah cincin sama yang selalu dipakai olehnya.

“Mana ada bertunang, memang hari itu saya dan Afgan ada bergambar menggunakan aplikasi Boomerang.

“Kebetulan cincin yang kamu lihat itu adalah cincin yang selalu saya pakai.

“Bertunang itu hanya pada fikiran orang sahaja, sedangkan tidak!,”katanya.

Malah, penyanyi lagu Pudar ini  mengaku tidak bermaksud untuk mempamerkan cincin tersebut sehingga menimbulkan persoalan netizen.

Dalam hal ini, nampaknya peminat Indonesia seolah-olah memberi ‘restu’ hubungan Rossa dan Afgan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!