Adik Perempuan Dilibas Pisau, Abang Patah Kaki

KLANG — Seorang lelaki yang dipercayai khayal akibat pengaruh dadah mengamuk dan menjadikan tiga ahli keluarganya sebagai tebusan.

Lengan kiri adik perempuannya cedera terkena libasan pisau yang digunakan lelaki berusia 28 tahun itu, lapor BH.

Abang suspek, 39, pula patah kaki selepas meloloskan diri dengan terjun dari tingkat satu rumah kedai di Bandar Bukit Tinggi, 7.30 malam tadi. 

Ketua polis daerah Klang Selatan berkata seorang remaja lelaki yang juga adik suspek turut dijadikan tebusan. 

“Suspek hanya dapat dipujuk selepas tiga jam kemudian manakala dua adiknya yang dikurung, diselamatkan dengan bantuan bomba,” kata ACP Shamsul Amar Ramli.

Beliau berkata suspek yang baru keluar penjara dua minggu lalu turut menggunakan gunting sebagai senjata.

Kes disiasat mengikut Seksyen 506/324 Kanun Keseksaan iaitu melakukan ugutan jenayah. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.