Teka-Teki Punca Pelajar Malaysia Hilangkan Diri Di Paris Terjawab

KUALA LUMPUR – Kehilangan seorang pelajar Malaysia selama lima hari sejak Jumaat lepas di Paris yang menjadi teka-teki umum akhirnya terjawab setelah dia pulang ke kediaman sewanya dan membuat pengakuan kepada pegawai Kedutaan Malaysia di Perancis.

 

Nur Shakinah Naim, 19, pelajar bidang kejuruteraan di Institute University of Technology (IUT) Rouen yang ditaja Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengakui punca dirinya bertindak menghilangkan diri kerana tertekan dengan pelajarannya.

 

“Saya tertekan dengan pelajaran yang diikuti di sini (Perancis) dan tidak berminat meneruskannya.

 

“Saya mahu berhenti sejak awal lagi tetapi keluarga memujuk supaya meneruskan pengajian,” katanya dipetik dari laporan Berita Harian,  sekaligus menjawab teka-teki punca di sebalik kehilangannya.

 

Memetik sumber yang terlibat dalam pertemuan dengan pelajar itu berkata, Nur Shakinah mengaku sejak awal tidak berminat mengikuti pengajian kursus kejuruteraan di negera tersebut namun terpaksa bersetuju kerana dorongan ibu bapa.

 

Dalam pertemuan itu juga Nur Shakinah turut memaklumkan mahu berhenti belajar dan menyatakan hasrat untuk kembali ke Malaysia bersama ibu bapanya yang dijadualkan tiba di Perancis pada tengahari Ahad waktu tempatan.

 

“Beliau mengaku menghilangkan diri kerana tertekan dengan pelajarannya.

 

“Nur Shakinah mengaku keluar dari rumah sewanya pada jam 12 tengah hari waktu tempatan (6 pagi waktu Malaysia) Ahad lalu dan bermalam di stesen kereta api Rouen sebelum meneruskan perjalanan ke Paris menaiki kereta api,” jelas sumber itu.

 

Kata sumber itu lagi, sebaik tiba di kota berkenaan, pelajar perempuan tersebut pergi ke Masjid Besar Paris dan berkenalan dengan sekumpulan rakyat asing termasuk seorang rakyat Portugal yang dikenali sebagai Suraya.

 

Sepanjang kehilangannya selama lima hari itu, Nur Shakinah tinggal di kediaman Suraya yang turut memberi nasihat serta sokongan kepadanya.

 

Dalam perkembangan berkaitan, ibu bapa Nur Shakinah akan berlepas ke Paris pada awal pagi Ahad.

 

Naim Awang, 46, dan Nur Halizah Ahmad, 43, dijangka tiba di Paris untuk bertemu anaknya kira-kira jam 1.30 tengahari waktu Perancis (7.30 petang waktu Malaysia).

 

Tiket penerbangan pergi dan balik serta pembiayaan kos penginapan, makan dan minum mereka berdua ditaja sepenuhnya oleh UMNO Bahagian Sungai Petani. – SuaraTV

 

– Lain-Lain Berita Menarik –

Qu Puteh Tak laku, Jangan Salahkan Penyokong Bola Sepak Kelantan – Annuar

Pemain Catur Dunia Naik Angin Dipaksa Pakai Tudung

Lepaskan Saya Secara Baik, Kata Vida

Potongan Gaji Dedahkan Kewujudan Pelbagai Elaun Pelik Di Arab Saudi

IUKL Juga Sahkan Tidak Pernah Beri Anugerah Ijazah Sarjana, PHD Kepada Azizan Osman

 

4 thoughts on “Teka-Teki Punca Pelajar Malaysia Hilangkan Diri Di Paris Terjawab

  • October 2, 2016 at 8:30 pm
    Permalink

    Tu lah mak bapak x blh paksa ank2 mcm ney la jdi…tpi ank2 kna pkir jgak utk mak bapak..jgan buat mcm tu ya lg dik sian mak bapak..

    Reply
  • October 3, 2016 at 2:28 am
    Permalink

    Kalau x nak belajar.. Bagi pada yg berminat nak belajar, ibu bapa pn jgnlah nak bagi tekanan pd anak, kalau anak x suka, jgn paksa..

    Reply
  • October 4, 2016 at 11:18 pm
    Permalink

    rasanya budak nie mmg nak belajar…tapi minat dia tempat lain….jangan lah dipaksa..masa depan dia jugak tu..

    Reply
  • October 5, 2016 at 9:50 pm
    Permalink

    ya betul. beri kebebasan pd anak utk pilih bidang yg mereka minat. Asyik2 doktor, engineer, lawyer. Bidang professional mcm ni perlukan minat, spy nnt tak stress belajar n keje. Jgn brainwash anak2 yg cuma bidang2 mcm ni je boleh berjaya. Byk lagi bidang lain asalkan minat dan komitmen ada.
    Minat itu penting utk melahirkan pekerja yg berkualiti, bukan stakat nak glamour saje tpi tak komited.

    Kpd adik ini, semoga berjaya menceburi bidang yg adik sndiri minat. Mak bapak diharap redha dgn pilihan anak dan berilah sokongan.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.