Penduduk Australia 1.7 Juta Bergelap, Putus Bekalan Elektrik

GAWLER – Seramai 1.7 juta penduduk kawasan terbabit bergelap akibat putus bekalan eletrik apabila ribut melanda wilayah Australia Selatan.

 

 

Lebih 80,000 panahan petir direkodkan di laporkan di wilayah itu, mengakibatkan 20 kerosakan di grid kuasa utama di Adelaide.

 

 

Bagaimanapun, setakat ini, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan serius dilaporkan.

 

 

Bagaimanapun, hujan lebat telah menyebabkan paras air di beberapa sungai utama melepasi tahap amaran.

 

 

Limpahan air di Sungai North Para mengakibatkan banjir berlaku di Gawler, 40 kilometer ke utara Adelaide, merosakkan kediaman dan kemudahan di sekitarnya.

 

 

Kerajaan negeri turut mengeluarkan amaran banjir di beberapa kawasan lain, dan mengarahkan pemantauan udara dilakukan.

 

 

Penduduk juga diarahkan berpindah ke kawasan penempatan sementara.

 

 

Pada Khamis, media tempatan melaporkan lebih 100,000 kediaman masih putus bekalan elektrik dan juga talian telefon.
Cuaca buruk di Australia Selatan dijangka berterusan sehingga hunung minggu ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.