Mayat Bayi Bertali Pusat, Berlumuran Darah Dalam Lori Sampah

KOTA BHARU – Mayat seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat dan berlumuran darah ditemui di dalam lori sampah, di sini, petang tadi.

 
Bayi yang cukup sifat itu ditemui oleh empat pekerja pembersihan kira-kira pukul 3.30 petang ketika sedang memasukkan sampah daripada sebuah tong besar ke dalam lori di kawasan Pasir Tumboh.

 
Bayi malang itu dipercayai diletakkan di dalam plastik merah bersama sisa sampah yang lain sebelum dibuang di tempat kejadian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.