Kereta Mewah Bentley GT ‘Terbang’ Di Menara Milenium

KUALA LUMPUR – Sebuah kereta mewah jenis Bentley GT yang dipandu seorang lelaki berusia 50 tahun terbabas ke dalam Menara Milenium, Petaling Jaya, dekat sini semalam.

 

Kejadian kira-kira pukul 10.10 pagi itu berlaku berikutan pemandu tertekan pedal minyak ketika mahu mengambil tiket tempat letak kenderaan.

 

Menurut jurucakap polis, ekoran daripada itu, kereta yang dinaiki individu terbabit terlajak ke hadapan dan terlanggar tiang besi sebelum merempuh cermin sehingga memasuki bangunan berkenaan.

 

“Pada masa ini, kita hanya menerima laporan polis daripada pemandu kenderaan manakala tiada aduan dibuat daripada pihak atau pemilik premis,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

 

Kemalangan itu menjadi perhatian orang awam selepas gambar kejadian dimuat naik dan disebarkan pengguna laman sosial. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.