Kedah Selangkah Lagi Ke Final Piala Malaysia

ALOR SETAR – Kedah mencipta peluang untuk selangkah ke peringkat akhir apabila menewaskan PDRM dengan keputusan 2-1- di Stadium Darul Aman, malam tadi.

 

Tiga gol terhasil melalui sepakan penalti malam tadi dalam aksi menarik dan penuh semangat.

 

Turun dengan penuh semangat dan bermain di hadapan hampir 30,000 penyokong setia skuad Helang Merah yang hadir memberi sokongan padu, anak buah Tan Cheng Hoe jelas menunjukkan aksi menarik.

 

Kedua-dua pasukan mempamerkan permainan penuh semangat di awal permainan dan mahu mencari gol awal bagi mengukuhkan kedudukan.

 

Gol pertama Kedah hadir pada minit kelapan melalui sepakan penalti oleh Thiago Augusyo setelah pemain itu dijatuhkan pertahanan PDRM, Mohd Eskandar Ismail.

 

Selang dua minit, PDRM pula mencipta gol pertama juga hasil sepakan penalti oleh Guilherme De Paula apabila Christopher Keli dijatuhkan dalam kotak penalti.

 

Liridon menambah gol untuk Kedah dan menjadikan kedudukan 2-1 melalui sepakan penalti pada minit ke-78 apabila Thiago Augusto dijatuhkan sekali lagi dalam kotak penalti PDRM. – BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.