Gara-Gara Gigi Palsu, Tangan Tersepit Dalam Lubang Tandas

KUALA LUMPUR –  Seorang wanita warga emas  tersepit tangan kiri dalam lubang tandas selepas ingin mengambil gigi palsu miliknya, di Anjung Singgah, Bangunan Ehsan, Jalan Hang Lekiu di sini hari ini.

 
Ketua Pusat Pergerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Samsol Maarif Saibani berkata, panggilan berhubung kejadian yang menimpa wanita berusia 65 tahun yang juga anggota Rela itu, diterima pada 7.47 pagi.

 
“Tujuh anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah, bergegas ke lokasi kejadian kira-kira 10 minit kemudian,” katanyamemetik laporan Bernama.

 
Samsol berkata, mangsa berjaya diselamatkan dan gigi palsunya juga ditemui setelah pasukan bomba menggunakan alat pemecah konkrit bagi mengeluarkan tangan mangsa yang tersepit pada 11.32 pagi.

 
“Wanita itu hanya cedera ringan dan mengalami luka dan bengkak di tangan kirinya,” katanya.

 
Beliau berkata, wanita berkenaan dikhuatiri mengalami komplikasi gangren sekiranya aliran darah di tangannya tidak lancar berikutan mangsa merupakan pesakit diabetes.

 

Mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.