Pemisah Ukraine Serah Saki Baki Serpihan Pesawat MH17

DONETSK – Kumpulan pemisah Ukraine yang menggelar diri mereka sebagai Republik Rakyat Donetsk mula menyerahkan beberapa lagi serpihan pesawat malang Malaysia Airlines, MH17 kepada pakar penyiasat Belanda pada Rabu.

 

Menurut pejabat pendakwaraya, lebih 500 bahagian serpihan yang ditemui di kawasan Grabavo dan Rassypnoye telah diserahkan sejak beberapa minggu lalu.

 

Wakil dari Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama Eropah (OSCE) turut memantau penyerahan serpihan itu di Donetsk.

 

Pesawat malang MH17 ditembak jatuh di kawasan yang di kawal pemberontak Ukraine di wilayah Donetsk pada 17 Julai tahun lalu, mengorban kesemua 298 penumpang dan anak kapal.

 

Presiden Ukraine, Petro Poroshenko menggesa satu siasatan antarabangsa diadakan bagi mencari punca tragedi itu. – Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.