Lelaki Maut Gara-Gara Selfie Ekstrim

VOLOGDA – Seorang lelaki maut dalam cubaannya mengambil foto selfie ekstrim di tingkat 9 sebuah bangunan, minggu lepas.

 

Laporan Dailystar mengatakan Audrey R terjatuh ketika cuba mengambil selfie yang terakhir.

 

Beliau kemudian dikejarkan ke hospital dan diisytiharkan meninggal dunia tidak lama kemudian.

 

Menurut rakan Audrey, beliau berulang kali melarang Audrey dari melakukan perbuatan bahaya tersebut namun tidak diendahkan.

 

Sebaliknya, Audrey didakwa bertambah berani dan ketagih mengambil foto selfie di lokasi-lokasi ekstrim.

 

Audrey juga memuatnaik foto-foto tersebut ke laman instagram menggunakan akaun @drewsssik.

 

Pihak berkuasa Rusia masih menyiasat kejadian tersebut. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.