Dibunuh, Dikerat Dan Dibakar Teman Lelaki

Bukit Mertajam – Seorang wanita berusia lewat 20-an dipercayai dibunuh dengan kejam oleh teman lelakinya dalam kejadian di Kampung Tok Keramat, Juru, di sini, semalam.

Mangsa dipercayai dikerat dan dibakar oleh lelakinya yang berusia 40-an, petang semalam.

Kejadian disedari kakak kandung suspek semalam apabila dimaklumkan oleh salah seorang anak lelakinya mengenai kelakuan mencurigakan suspek yang juga bapa saudara mereka.

Hasil pemeriksaan polis berjaya menemui tulang di kawasan berkenaan namun gagal dipastikan sama ada ia adalah tulang manusia atau haiwan.

Berikutan itu, unit forensik dikerah ke lokasi tulang itu ditemui kira-kira 2 pagi tadi untuk melakukan pemeriksaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.