DAP Bongkak : Tegur Dan Bagi Cadangan Bukan Burukkan, Tidak Boleh Terima… Sudahlah – SU PAS Penang

Pulau Pinang – Selepas Pakatan Rakyat (PR) Selangor bergolak dengan PAS dibelasah teruk bagi menentukan pemilihan Menteri Besar (MB) dan Exco baharu di Selangor, kini giliran PR Pulau Pinang pula bersandiwara.

Drama PR Pulau Pinang dilihat baru saja bermula yang diterajui oleh DAP, ianya bermula apabila kerajaan negeri memecat anggota Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), yang juga bendahari Badan Perhubungan PAS Negeri, Iszuree Ibrahim.

Iszuree Ibrahim di pecat, selepas beliau dikatakan menegur kerajaan Pulau Pinang berhubung isu dasar perumahan semasa ucapan dasarnya pada Muktamar PAS lepas.

Kesal dengan tindakan DAP negeri, PAS Pulau Pinang tampil menggesa kerajaan negeri supaya menarik balik pemecatan itu.

Setiausaha PAS negeri, Fadzil Kemi berkata, sebagai pemimpin PAS yang komited, Iszuree lantang menyuarakan isu berkaitan nasib penduduk di negeri itu.

“Isu yang dibangkitkan Iszuree pada Muktamar PAS (bulan lepas) melibatkan rakyat dan bukan memburuk-burukkan kerajaan Pulau Pinang. Perkara ini harus ditangani dengan bijaksana, perlu diadakan perbincangan,” katanya.

Tambah Fadzil, pemecatan Iszuree disifatkan sebagai sikap bongkak pemimpin DAP Pulau Pinang.

Dalam pada itu, Iszuree berkata, beliau hanya membangkitkan isu rakyat sama seperti yang dilakukan pemimpin DAP dan PKR pada perhimpunan agung masing-masing.

“Kita menegur dan memberi cadangan, bukannya untuk keburukkan, tetapi untuk kepentingan rakyat. Jika itu tidak boleh diterima, susahlah.

“Saya kesal kerana saya dikenakan tindakan kerana menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan,” katanya.  – FMT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.