Pelanggan Terkejut Makan Di Kedai Nasi Kandar Pun Kena Bayar Cukai SST

RESTORAN nasi kandar di Butterworth sudah mengenakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dengan kadar 6 peratus bagi makanan dijual mereka, di sini.

Seorang daripada pelanggan yang ditemui menyatakan rasa terkejut sebaik mengetahui perkara itu kerana dia difahamkan bahawa SST hanya dikenakan kepada pihak pengilang dan bukan peniaga.

“Saya difahamkan SST dikenakan kepada pihak pengilang dan tidak menjangkakan menu di kedai makanan juga akan dikenakan cukai.

“Kami sekeluarga bersarapan pagi di sini sempena cuti sekolah dan harga yang dikenakan berbeza ketika kadar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada kadar kosong peratus,” katanya.

Menurutnya, dia hanya mengetahui perkara itu selepas melihat resit bayaran yang tertulis jumlah SST yang dikenakan kepada mereka. – HMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.