Sultan Selangor Solat Sunat Aidiladha Bersama 5,000 Jemaah

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong bersama 5,000 penduduk sekitar, di sini, pagi ini.

Turut berangkat, Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah, lapor BH.

Turut mengiringi dan menunaikan solat sunat Aidiladha Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Amin Ahmad Ahya, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Haris Kasim.

Solat sunat Aidiladha diimamkan Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid dan beliau juga turut menyampaikan khutbah bertajuk Hikmah Sebuah Pengorbanan.

Sultan Sharfuddin Idris Shah turut menyempurnakan ibadah korban tahun ini, yang diwakilkan kepada Timbalan Mufti Selangor, Dr Anhar Opir.

Sementara itu, sebanyak 26 ekor lembu lagi termasuk seekor sumbangan Kerajaan Negeri akan dikorbankan dalam ibadah korban yang diadakan di perkarangan masjid itu esok.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.