Sultan Johor Solat Sunat Aidiladha Bersama 1,000 Jemaah

JOHOR BAHRU- Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Pasir Pelangi di sini, bersama hampir 1,000 umat Islam.

Baginda tiba pada jam 8.20 pagi diiringi Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim; Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman dan Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar dan suami Tunku Puteri Johor, Dennis Muhammad Abdullah, lapor Bh.

Turut menyambut ketibaan ialah Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Azmi Rohani; Yang Dipertua Majlis Jumaah Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli; Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd dan barisan exco.

Solat Sunat Aidiladha diimamkan Imam Besar negeri, Hanif Naim, yang turut menyampaikan Khutbah bertajuk ‘Korbanku untukmu’.

Sultan Ibrahim turut berkenan meluangkan masa kira-kira 10 minit untuk bersalaman dengan jemaah yang hadir sebelum berangkat meninggalkan masjid kira-kira

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.