Selisih Maut, Sempat Keluar Rumah Terbakar

BINTULU – Tiga sekeluarga nyaris terperangkap dalam kebakaran apabila sebaik terjaga malam tadi, api sedang marak membakar rumah mereka di Jalan Sultan Iskandar di sini.

Dalam keadaan cemas, bapa bersama dua anak lelaki berusia antara 24 hingga 55 tahun, sempat terjun dari tingkap rumah sejurus menyedari kediaman terbakar jam 8.10 malam, lapor BH.

Pegawai Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Bintulu, Helman Main, berkata tiada mangsa yang cedera tetapi rumah mereka musnah sepenuhnya. 

“Seramai tujuh anggota bomba dan penyelamat dihantar ke lokasi kejadian untuk memadamkan kebakaran itu,” katanya hari ini.

Beliau berkata, api dapat dikawal sepenuhnya dalam tempoh setengah jam.

Jarak kediaman itu dari balai bomba dan penyelamat ialah sembilan kilometer. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.