Saintis Brazil Lepaskan Jutaan Nyamuk Dijangkiti Bakteria

RIO DE JANEIRO – Saintis Brazil mula melepaskan jutaan nyamuk pertama yang dijangkiti bakteria untuk mencegah serangga itu menyebarkan virus denggi kepada manusia.

Ribuan nyamuk Aedes aegypti yang membawa bakteria dibebaskan di depan wartawan oleh saintis dari institut Fiocruz di Rio de Janeiro.

Diharapkan nyamuk itu akan membiak dan menyebarkan bakteria, sekali gus menghalang keupayaan populasi serangga berkenaan menyebarkan denggi dan virus lain termasuk Zika dan Chikungunya.

Saintis menyediakan projek berkenaan dan dibangunkan oleh penyelidik Australia yang mula meletakkan bakteria Wolbachia kepada nyamuk sejak tahun lepas.

Denggi menyebabkan demam, ruam, loya dan dalam beberapa kes boleh membawa maut manakala Zika menyebabkan kecacatan kelahiran serius.

Kebimbangan terhadap virus Zika pada 2016, menyebabkan agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengisytiharkan kecemasan kesihatan antarabangsa yang berakhir November lepas.

Selain itu, Fiocruz turut merancang melepaskan 1.6 juta nyamuk dijangkiti seminggu dan kemudian ditambah kepada tiga juta. – Bernama-NNN-Agencies

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.