Parlimen Putrajaya Korban 135 Lembu

PUTRAJAYA – Sebanyak 135 lembu dikorbankan sempena sambutan Aidiladha dan Hari Keluarga peringkat Parlimen Putrajaya hari ini dan esok.

Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata agihan daging korban akan dibuat kepada seluruh penduduk pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan itu termasuk Ibu Pejabat Bomba Daerah Putrajaya dan Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya, lapor Bh.

Katanya, lembu berkenaan adalah sumbangan peribadinya, penduduk dan badan korporat.

Kira-kira 500 penduduk sekitar Putrajaya turut serta dalam program berkenaan.

Beliau yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata, rakyat terutama penduduk Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dan Labuan perlu menghayati erti ibadah korban dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.