Malaysia Dinobat Negara Terbaik Bagi Tempat Persaraan Di Dunia

Kadang-kadang, kita sebagai rakyat Malaysia tidak tahu betapa bertuahnya kita sebagai rakyat negara ini, sehingga memerlukan orang luar untuk menunjukkan dan mengingatkan kita betapa hebatnya negara kita Malaysia. Mana tidaknya, Malaysia telah dinobat sebagai negara terbaik bagi tempat persaraan di dunia oleh laman web InternationalLiving.com. Berikut adalah artikelnya.

Bayangkan anda mampu menjalani gaya hidup yang berkualiti tinggi dengan kemudahan seperti pembantu rumah, tukang masak peribadi untuk menyediakan makanan mewah untuk 50 US dollar seminggu, dan juga penjagaan kesihatan yang berkualiti tinggi di mana kos sara hidup adalah sangat berpatutan dan tidak membebankan poket anda. Ya, ia mungkin. Apabila ia melibatkan penjimatan yang berbaloi bagi dompet anda, destinasi terbaik untuk bersara adalah di luar Amerika Syarikat.

Teruskan membaca untuk mengetahui beberapa tempat paling murah dan berpatutan di dunia untuk anda menetap.

Malaysia
Destinasi paling berbaloi, kualiti hidup di Malaysia meletakkannya di antara tempat persaraan terbaik di dunia. Hidup di sini sangat mudah. Anda boleh bercakap Bahasa Inggeris tanpa banyak masalah; jika anda memilih untuk memandu (mereka memandu di sebelah kiri), anda akan mendapati jalan-jalan yang berkeadaan sangat baik; dan anda tidak akan mempunyai masalah mencari internet berkelajuan tinggi. Antara perkara paling hebat tentang Malaysia ialah perkhidmatan perubatannya yang berkelas dunia, doktor yang fasih berbahasa Inggeris, dan anda boleh berjumpa seorang pakar tanpa memerlukan janji temu yang memerlukan masa yang lama, untuk hanya 20 US dollar.

Malaysia adalah satu-satunya tempat persaraan di Asia Tenggara yang pernah jajahan pihak Inggeris. Satu lagi jajahan milik British yang lain di rantau ini, Burma, hanya kini baru membuka ‘pintunya’ kepada warga asing. Walaupun Burma adalah antara tempat teratas untuk pengembaraan yang mencabar dan santai, tidak ada tempat yang lebih mudah, selesa, dan stabil seperti Malaysia.

Wakil ‘International Living’ di Malaysia, Keith Hockton berkata, “Satu pasangan boleh tinggal di Pulau Pinang dengan selesa untuk 1,450 US dollar sebulan, termasuk sewa. Pangsapuri tiga bilik tidur, dua bilik mandi saya, yang berkeluasan 2,195 kaki persegi hanya lima minit dari George Town. Saya hanyamembayar 700 US Dollar sebulan untuknya. Kami tinggal di pinggir bandar konsulat di Pulau Tikus, dan hanya perlu berjalan kaki selama 7 minit dari pusat membeli-belah Gurney Plaza yang mewah dan bergaya. Anda juga boleh mencari tempat tinggal yang lebih murah – sekurang-kurangnya 300 US Dollar sebulan untuk tiga bilik tidur, dua bilik mandi, yang dilengkapi dengan perabot sepenuhnya.

Terdapat peningkatan jumlah pesara US yang mencari rumah di ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur. Bandaraya yang hidup dan kawasan sekitarnya tidak hanya berfungsi sebagai enjin ekonomi Malaysia, tetapi juga wadah kebudayaan, seni, dan makanan dan pusat berbelanja yang setaraf antarabangsa. Kuala Lumpur yang hebat ini adalah rumah kepada kira-kira 7 juta orang.

Ekspatriat, Chad Merchant tinggal di Kuala Lumpur. Beliau berkata, “Bagi pesara, kebanyakan tarikan Kuala Lumpur terletak pada gaya hidup kosmopolitan, perkhidmatan perubatan yang berkualiti tinggi dan kos sara hidup yang sangat rendah. Pasangan yang telah bersara boleh hidup dengan selesa dengan hanya 1,500 US Dollar sebulan atau bergaya mewah dengan hanya 2,500 US Dollar sebulan, ini semua termasuk sewa. Perbelanjaan bil bulanan di bawah 50 US Dollar untuk satu pasangan adalah perkara biasa. Bil air di Malaysia adalah sangat murah, kebiasaannya kurang daripada 3 US Dollar sebulan.

“Kuala Lumpur mempunyai kemudahan akses pengangkutan terbaik untuk ke serata rantau ini (dan juga luar negara), sebagai contoh, anda boleh dapati tiket penerbangan yang sangat berbaloi di lapangan terbang terbaik di bandar ini. Saya sendiri selalu pergi bercuti hujung minggu ke tempat-tempat seperti Phuket atau Bangkok di Thailand, yang hanya mengambil masa dua jam perjalanan atau kurang jika bertolak daripada Kuala Lumpur, dengan tiket perjalanan pergi balik yang biasanya di bawah 75 US Dollar.

“Makanan tempatan yang sangat sedap boleh didapati dengan mudah pada harga kurang daripada 2 US Dollar untuk satu orang; jika anda mahukan makanan yang sedap dan mewah di restoran yang popular dan hebat, anda boleh mengharapkan untuk membayar 10 US Dollar atau kurang bagi satu orang.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.