Lelaki Maki Anggota Polis Dihukum Penjara

Singapura – Sebuah mahkamah di sini menjatuhkan hukuman penjara enam bulan setengah kepada seorang lelaki Australia kerana menyerang pegawai polis lapangan terbang dan kesalahan lain.

Menurut Reuters, dengan tangan dan kaki bergari, Jason Peter Darragh, 44, mengaku salah di sebuah mahkamah di sini atas empat tuduhan termasuk melakukan kekerasan jenayah, lapor Metro.

Darragh dituduh menyerang seorang anggota polis di Lapangan Terbang Changi pada 20 April lalu ketika mahu ke Cebu, Filipina.

Sehari selepas itu, Darragh didakwa di mahkamah kerana mengganggu seorang pegawai kerajaan dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada pegawai polis.

Pada 1 Mei lalu, dia sekali lagi didakwa mengganggu seorang wanita dengan berlegar-legar di hentian teksi dengan tangan diletakkan di kemaluannya.

Hakim Tan Jen Tse berkata, dia perlu menjatuhkan hukuman yang bersesuaian bagi mengelak lelaki itu menyerang anggota polis lagi.

Darragh ditahan reman sejak Mei lalu walaupun ditawarkan ikat jamin SG20,000 (RM62,823).

Peguamnya, S Dhillon berkata, lelaki itu tidak mahu diikat jamin bagi menunjukkan rasa kesal terhadap tindakannya itu.

Darragh berdepan 11 dakwaan tetapi mahkamah hanya meneruskan dengan empat tuduhan walaupun tuduhan lain turut dipertimbangkan ketika menjatuhkan hukuman.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.