Video : 30,000 Pengguna Dijangka Nikmati Diskaun 50 Peratus

KUALA LUMPUR – Pemberian diskaun 50 peratus tambang perkhidmatan berkenaan bermula 16 September ini kepada 30,000 pengguna yang dijangka menggunakan sistem transit aliran ringan (LRT), monorel dan Bas Rapid Transit (BRT) pada jam 6 hingga 7 pagi.

 
Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana Malaysia Berhad, Datuk Azmi Abdul Aziz berkata, 19,000 pengguna mengunakan perkhidmatan berkenaan pada waktu tersebut ketika ini.

 

“Kita menjangkakan 10,000 pengguna akan mengubah corak perjalanan apabila diskaun 50 peratus tambang dikuatkuasakan,” kata Azmi.

 

Katanya, pemberian diskaun tersebut diumunkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 24 Ogos lalu dan diskaun hanya ditawarkan kepada pelanggan yang menggunakan mod pembayaran tanpa tunai.

 

 

Tambahnya, pengguna Touch ‘n Go, Kad MyRapid, MyRapid Smart 7, MyRapid Smart 30, warga emas, pelajar dan orang kurang upaya dengan pemegang kad konsesi turut nikmati diskaun harga semasa.

 
Jelasnya lagi, 66 peratus pengguna LRT dan monorel menggunakan kaedah pembayaran tanpa tunai sekali gus dapat bantu mengurangkan kesesakan pada waktu puncak iaitu 134 peratus penggunaan ketika ini.

 

 

Turut hadir, Pengerusi Kumpulan Prasarana, Tan Sri Ismail Adam dan Ketua Pegawai Perkhidmatan Infrastruktur Prasarana, Ir. Ahmad Nizam Mohamed Amin. -SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.