Jangkitan Virus Zika Di Singapura Meningkat Kepada 115 Kes

SINGAPURA – Seorang wanita hamil adalah antara 24 kes baharu Zika yang dikesan di bandar raya ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 115 kes, kata Kementerian Kesihatan, hari ini.

 

Kementerian itu dalam satu kenyataan mendedahkan sembilan daripada kes yang dikesan adalah kes berulang. Menteri Kesihatan Singapura, Gan Kim Yong, berkata pihaknya dari semasa ke semasa menjangkakan kes Zika berada di semua kawasan.

 

“Kami berusaha dan merancang dengan beranggapan terdapat virus Zika di kawasan lain di Singapura dan meluaskan usaha kawalan vektor di luar kawasan yang sudah dijangkiti,” katanya.

 

Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEA) bakal meluaskan skop kempen penyemburan di tempat pembiakan nyamuk dengan racun serangga.

 

Beberapa negara sudah memberi amaran kepada wanita hamil atau mereka yang merancang untuk hamil agar mengelak lawatan ke Singapura.

 

Singapura melaporkan kes dalaman pertama Zika lewat Sabtu lalu dan bilangan mereka yang dijangkiti meningkat dalam minggu ini.

 

Kebanyakan kes awal membabitkan ratusan ribu pekerja asing, dari beberapa negara di Asia, yang bekerja di tapak pembinaan dan dalam sektor marin. – Reuters

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.