Hadiah Seekor Lembu Buat Pelajar Dapat 6A UPSR

BESUT – Hadiah seekor lembu. Itu ganjaran bagi setiap sekolah rendah di Hulu Besut sekiranya 15 peratus daripada jumlah pelajar yang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016 berjaya memperoleh 6A.

 
Tawaran itu dibuat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Besut, Nawi Mohamad yang juga pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepengunaan negeri.

 

Nawi membuat tawaran itu pada majlis perjumpaan dengan guru dan kesemua 454 calon UPSR kawasan Hulu Besut di Sekolah Kebangsaan Lubuk Kawah, di sini hari ini, yang akan menduduki UPSR bermula 5 hingga 8 September ini.

 

Beliau berkata, pelajar cemerlang juga bakal memperoleh insentif berupa wang tunai namun tidak menyatakan jumlahnya.

 

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan peralatan peperiksaan kepada setiap calon daripada kesemua sembilan buah sekolah rendah berkenaan. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.