Google Uji Aplikasi Kongsi Kereta, Bakal Saingi Perkhidmatan Uber

SEKTOR perkhidmatan kongsi kereta yang diterajui syarikat Uber dan beberapa penyedia aplikasi lain bakal bersaing dengan pendatang baharu berprofil tinggi.

 

Google dilaporkan mula menguji program perintis di sekitar ibu pejabat mereka di California.

 

Dengan menggunakan aplikasi Waze, penumpang boleh memeriksa laluan pemandu dan memilih kenderaan yang menggunakan laluan ke destinasi sama.

 

Menurut Wall Street Journal, ciri ini dipilih oleh Google untuk membezakan aplikasi baharu dengan Uber yang menjadikan pemandu mirip perkhidmatan teksi iaitu membawa penumpang ke destinasi tertentu sebaliknya Google mahu menggalakkan perkongsian laluan.

 

Google turut dilaporkan mengenakan tambang lebih rendah berbanding Uber dalam program perintis tersebut dan setakat ini belum memungut sebarang bayaran daripada pemandu.

 

Menurut Google, pendapatan pemandu tidak seharusnya dimiliki oleh syarikat kerana bayaran penumpang dianggap sebagai ‘bayaran minyak kenderaan’ semata-mata.

 

Kemampuan Google yang dinaungi syarikat induk Alphabet menyebabkan netizen meramal kejayaan firma gergasi tersebut dalam pertembungan dengan Uber yang telah beroperasi selama tujuh tahun. – Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.