Berang ditipu pemandu Uber!

LONDON – BRITAIN. Bengang! Itu sahaja yang dapat digambarkan oleh seorang pengguna perkhidmatan Uber selepas menerima bil berjumlah RM452.76.

 

Menurut laporan Mashable, Hannah Warman menggunakan perkhidmatan tersebut untuk pulang ke rumahnya yang sepatutnya memakan masa 5 minit Sabtu lepas.

 

Hannah bagaimanapun tertidur dan hanya terbangun apabila sampai di destinasi.

 

Keesokan harinya, Hannah menerima emel resit dari Uber berjumlah RM452.76 untuk perjalanan itu dan menyangka dirinya ditipu.

 

“Saya ingatkan pemandu tersebut sesat. Kemudian saya sedar dia tidak mungkin sesat kerana memakai sistem navigasi dan peta. Nampaknya dia mengambil jalan paling jauh untuk perjalanan itu,” kata Hannah.

 

Hannah kemudian menghubungi Uber untuk meminta ganti rugi dan Uber hanya menawarkan untuk memberi separuh dari kerugian yang dialaminya.

 

“Selepas saya membuat perkongsian mengenainya di Twitter dan menjadi viral, barulah Uber memberikan keseluruhan jumlah ganti rugi.

 

“Saya rasa pengguna Uber patut tahu mengenai taktik sebegini kerana kebanyakan pengguna yakin dengan perkhidmatan Uber,” jelas Hannah.-Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.