Bapa Dihukum Penjara Sebabkan Kematian Bayi

LONDON — Kerana kepercayaan agama, bapa kepada seorang bayi perempuan yang mati kebuluran akibat keengganan mendapatkan rawatan dihukum penjara di Amerika Syarikat.

 

George Landell dijatuhi hukuman penjara 20 tahun semalam selepas didapati bersalah oleh Gwinnett County Court.

 

Beliau sebelum ini memberitahu juri yang dia percaya doa mampu menyembuhkan anak perempuannya, Nevaeh.

 

Bagaimanapun berakhir tragis apabila dia melihat anak perempuannya mati kebuluran.

 

“Semua penyakit dan kelemahan adalah daripada syaitan dan bukan dari tuhan,” kata penasihat agamanya, Dwayne Murphy kepada mahkamah, lapor portal Independent.

 

Channel 2 Action News melaporkan Landell dan isterinya, Lauren Fristed hanya memberi minum susu formula yang dibancuh dengan air berlebihan mengakibatkan bayi mereka hanya bertahan selama 10 minggu kerana tidak dibawa ke hospital hingga meninggal dunia.

 

Ibu bapa kepada Nevaeh memberitahu petugas kesihatan yang bayinya tidak bernafas pada Mac 2015 tetapi jururawat menggambarkan badan bayinya mengalami kekejangan.

 

Penyiasat mendapati bayi itu tidak diberi rawatan perubatan selepas dilahirkan, diberi pakaian dan makan secara teratur, lapor Atlanta Journal-Constitution.

 

Oleh kerana Nevaeh diberi susu bancuhan dengan air berlebihan, tahap elektrolit dan natrium bayi tersebut membuatkan dia mengalami kekejangan otak dengan gambar menunjukkan Nevaeh kurus dan tidak responsif.

 

Bayi tidak perlu minum air hingga berusia sekurang-kurangnya enam bulan dan bergantung sepenuhnya kepada susu ibu atau susu formula sebagai sumber nutrisi utama.

 

Rekod daripada Pejabat Gwinnett County Sheriff, di Georgia, menyenaraikan jenayah Landell sebagai pembunuhan, bertindak kejam ke atas kanak-kanak dan memburukkan keadaan.

 

Landell sebelum ini mengaku bersalah membunuh tanpa niat dan berkelakuan melulu membolehkan dia dijatuhi hukuman 10 tahun penjara. – MalayMail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.