Video: Jemaah Tawaf Guna Papan Beroda, Dikecam

Kuala Lumpur – Tindakan pengguna media sosial Facebook yang memuatnaik rakaman jemaah haji tawaf sambil  menunggang papan beroda semalam, menarik perhatian masyarakat.

 

Menurut Yahya Adel Ibrahim yang memuatnaik rakaman tersebut, kejadian tersebut dirakam oleh temannya yang berada di Masjidilharam.

 

 

Menerusi rakaman berdurasi dua puluh lapan saat itu, kelihatan seorang lelaki sedang melakukan ibadah tawaf sambil menunggang papan beroda bagi memudahkan urusan ibadahannya itu.

 

Berikutan itu, ramai yang memberi pandangan tidak setuju mengenai cara sebegitu terutama dimusim haji kerana melakukan ibadah tersebut dengan seikhlas hati dan mengikut rukun haji yang sebenar.

 

Rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan itu sambil menyifatkan ia bukan sebahagian daripada ajaran Islam.

 

Malah ada sebahagian juga berpendapat supaya perkara itu tidak boleh berlaku kerana tawaf merupakan proses berlari anak. Ia merupakan simbol manusia agar sentiasa berusaha. Ia juga merupakan sebahagian dari syiar Allah.

 

Perkara ini adalah untuk seseorang yang melakukan tawaf belajar dan menghayati sejarah Islam dimana sewaktu Ismail dan ibunya hanya berdua dan kehabisan air untuk minum di lembah pasir dan bukit yang tandus,

 

Sementara itu, ada juga pendapat yang mengatakan ia bergantung kepada niat. Maka, Allah sahaja yang mengetahuinya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.