Pesawat MH370 Ditemui Dalam Gudang Di Arizona?

KUALA LUMPUR – Laporan sebuah portal tentang penemuan kapal terbang menyerupai pesawat Malaysia Airlines, MH370 dalam sebuah gudang di Amerika Syarikat adalah berita yang tidak disahkan.

 

Utusan Malaysia melaporkan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata orang ramai diminta tidak membuat spekulasi mengenai laporan tersebut.

 

Beliau berkata, pihaknya juga mendapati berita yang disiarkan pada awal Ogos itu tidak disusuli dengan sebarang laporan lain.

 

“Oleh itu, saya boleh katakan bahawa ini merupakan berita yang tidak sah,” katanya.

 

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan portal Real News Right Now kononnya pihak berkuasa Amerika Syarikat terjumpa pesawat di sebuah gudang ketika dalam serbuan narkotik di Casa Grande, Arizona.

 

Menurut laporan itu, kapal terbang berwarna kelabu tersebut mempunyai jalur biru dan merah pada badan pesawat.

 

Selain itu, logo MAS berwarna merah dan biru juga dikatakan terdapat pada bahagian ekor pesawat manakala nombor pendaftaran 9M-MRO dalam badan pesawat selari dengan pesawat MH370 yang hilang. – TheRakyatPost

2 thoughts on “Pesawat MH370 Ditemui Dalam Gudang Di Arizona?

  • November 7, 2017 at 7:14 am
    Permalink

    Menurut informasi… Para petinggi kerja sama dengan jin mwnyembunyikan pesawat tersebut… Jin bantu sempunyikan dan manusia membunuh untuk dijadikan tumbal jin di laut… Kapal tersebut benar masih utuh dan disembunyikan di padang pasir, bawah tanah arizona amerika serikat.

    Reply
  • August 30, 2018 at 4:42 pm
    Permalink

    Dont understand this, but yes MH370 is hidden inside a dome in Casa Grande, Arizona. It didnt crash, but the fact that it disappeared out of sight from any radar means that it must have been sucked either inside a wormhole or pulled directly under the ocean by shayateen before being dragged to the US shoreline. Jinns did it in a response to black magic performed by certain ‘officials’ to trigger a far greater goal as part of their global agenda (war, accusing Russia etc..) and sadly all passengers were sacrificed. What a twisted world we live in. May the deceased souls’ rest in peace.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.