Chicharito Turut Tinggalkan Man United

LONDON – Selain Adnan Januzaj, turut meninggalkan Manchester United dan menyertai kelab Jerman semalam, adalah Javier Hernandez.

 

Penyerang Mexico itu menyertai pasukan Bundesliga, Bayer Leverkusen dengan nilai perpindahan sebanyak STG12 juta (RM76.8 juta) dengan perjanjian selama tiga tahun.

 

Hernandez tiba di Jerman tengahari semalam selepas mendapat keizinan untuk meninggalkan Old Trafford pada awal musim panas gara-gara gagal mendapat tempat di hati pengendali pasukan, Louis van Gaal.

 

Pemain berusia 27 tahun dan turut dikenali dengan nama Chicharito itu dipinjamkan ke Real Madrid musim lalu.

 

Sebelum ini, West Ham berminat mendapatkan penyerang ini, namun membatalkannya selepas tidak mampu menampung pembayaran gaji. – AGENSI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.