Jihad Seks Tak Perlu Fatwa, Jelas Dilarang Islam

Kuala Lumpur – Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini menegaskan tiada keperluan mengeluarkan fatwa khas mengenai jihad seks kerana ia jelas bertentangan dengan syariat Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata hubungan seks bebas sememangnya dilarang dalam Islam, maka pengeluaran fatwa mengenainya adalah dilarang.

“Sebenarnya kita sedia maklum ia tidak memerlukan fatwa kerana seks (bebas) dan sebagainya salaj. Tidak perlu fatwa, hubungan seks (bebas) ini mana boleh. Tidak payah sebut kata fatwa. Dah tidak boleh dah.

“Kalau tunggu fatwa, bagi yang tidak ada dalam hukum. Perkara yang sudah ada dalam hukum memang tidak dibenarkan,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri majlis Konvokesyen Picoms kali ke-2 di PWTC.

Minggu lalu, The Malaysian Insider mendedahkan terdapat wanita Malaysia yang pergi ke luar negara bagi ‘berkhidmat’ kepada pejuang di negara Islam yang sedang bergolak.

Pegawai kanan risikan berkata wanita Malaysia dipercayai menyertai pasukan kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis) untuk menawarkan Jihad Al-Nikah atau jihad seksual.

 

Baca: Jangan Terpedaya ‘Jihad Seksual’, Ia Jatuhkan Martabat Wanita – Rohani

 

Baca: Jihad Seksual: Majlis Fatwa Perlu Jelaskan Jihad Sebenar

 

Baca: Wanita Malaysia Sertai Jihad Di Timur Tengah Dijadikan ‘Perempuan Penghibur’ – Sumber Risikan

One thought on “Jihad Seks Tak Perlu Fatwa, Jelas Dilarang Islam

  • September 1, 2014 at 3:24 pm
    Permalink

    Bukan menyokong ISIS. Tapi hati2 dgn berita yg dicipta Barat. Belum tentu betul tidaknya maklumat Barat ni ada agenda tersirat supaya umat Islam pun termakan umpan. ISIS dlm laporan youtube nya menafi dgn berkata pihak mereka tidak mengamalkan nikad secara muta’ah kerana bukan amalan ASJW.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.