Tingkap, pintu dan dinding bilik Ismail Haniyeh musnah diserang peluru berpandu secara langsung – Hamas

- Advertisement -

TEHRAN- Pegawai kanan Hamas berkata, pemimpin yang juga Ketua Biro Politik pergerakan itu, Ismail Haniyeh, maut selepas terkena peluru berpandu ‘secara langsung’.

Bercakap pada sidang akhbar di Tehran, Khalil al-Hayya berkata, peluru berpandu yang membunuh Haniyeh itu disasarkan pada empat sudut penginapannya di Tehran, Iran, menurut lapor Al Jazeera.

Akibat serangan peluru berpandu itu, katanya, tingkap, pintu dan dinding bilik diduduki Haniyeh, musnah.

“Haniyeh yang terbunuh di Iran sudah mengabdikan nyawanya untuk agama dan negara.

“Beliau meninggal dunia dalam keadaan yang luar biasa dan pastinya akan dirindui.

“Pemimpin kami itu sedang bertemu delegasi dan adalah pelawat rasmi serta tetamu Iran pada masa pembunuhannya.

“Dia tidak berada di tempat persembunyian rahsia atau jauh dari perhatian, dan pembunuhannya bukanlah kejayaan ketenteraan atau pencapaian perisikan,” katanya.

Tambah Hayya, sayap bersenjata Hamas, Briged Qassam, tidak akan membiarkan pembunuhan Haniyeh berlalu tanpa balasan setimpal.

Selain itu, katanya, Lubnan dan Iran juga takkan membiarkan serangan itu tanpa balasan.

Menurutnya, Israel sedang berusaha untuk ‘membakar seluruh wilayah itu kerana kegagalan mereka mencapai matlamat menguasainya’.

“Israel tidak mahu perjanjian, mereka hanya mahu meneruskan pencerobohan mereka walaupun semuanya berakhir dengan kegagalan,” lapor Agensi.

Haniyeh, yang juga bekas Perdana Menteri Palestin, berada di Tehran atas jemputan rasmi Republik Islam Iran, bersama ramai pemimpin negara lain untuk menghadiri majlis perasmian angkat sumpah Presiden baharu Iran, Masoud Pezeshkian.

Agensi Berita MEHR Iran melaporkan Haniyeh syahid dalam serangan kira-kira jam 2 pagi waktu tempatan pada Rabu, yang dilancarkan rejim Zionis ke atas tempat penginapannya di Tehran.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat