Muhamad Daniel rentasi Banjaran Titiwangsa, buru cita-cita jadi jurutera

- Advertisement -

Oleh: Zihan Zari

PERMATANG PAUH – Muhamad Daniel Asyraf Abdul Aziz, 18, yang bercita-cita menjadi seorang jurutera, berkongsi kegembiraan kerana diberi peluang untuk melanjutkan pengajian bagi Diploma Kejuteraan Makanikal (Loji) di Politeknik Seberang Perai (PSP).

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh PSP memaklumkan, demi mencapai impian tersebut, anak sulung daripada enam beradik ini rela merentasi Banjaran Titiwangsa dari Kelantan ke Pulau Pinang.

Asyraf berkata, dia telah kehilangan ayah kandung akibat kemalangan jalan raya seawal usia 30 hari, kini menumpang kasih ayah tiri yang sangat penyayang.

Beliau berasal daripada keluarga yang sangat sederhana ingin menyimpan harapan untuk belajar bersungguh-sungguh demi mengubah nasib keluarganya.

“Saya berazam untuk menjadi salah seorang pelajar yang menerima anugerah khas ketua jabatan setiap semester kelak.

“Walaupun ayah tiri saya hanya bekerja sebagai buruh kasar, namun pengorbanannya membesarkan saya seawal usia 2 tahun amat saya kenang dan hargainya.

“Ibu dan ayah merupakan insan yang paling banyak mendorong saya untuk terus maju dalam pelajaran dan apabila saya berjaya nanti, saya akan membalas jasa mereka berdua,” katanya.

Ibunya, Rosenani Wahab, 44, berkata, keluarganya bukanlah orang senang, hanya mampu bekalkan pelajaran dan doa sahaja untuk kejayaan anak di masa hadapan.

“Walaupun sebenarnya, saya lebih selesa tinggal bersama Muhamad Daniel Asyraf tetapi keinginan untuk melihatnya berjaya dalam pelajaran dan mencapai cita-cita beliau.

“Namun saya kuatkan hati untuk berpisah sementara,” katanya

Dalam pada itu, Pengarah PSP, Hjh. Roseliza Dato’ Shaari menasihatkan anak-anak pelajar baharu, sebenarnya tiada formula tertentu untuk berjaya.

“Hanya diri sendiri yang boleh menolong kita dan menentukan sejauh mana kita boleh melangkah pergi.

“Untuk berjaya pasti ada liku-likunya, namun semuanya terletak pada diri sendiri.

“Justeru, kita perlu bangkit untuk lebih kuat dan saya sangat yakin mereka mampu mencapai sesuatu yang tinggi lebih daripada yang difikirkan, insya-Allah.

“Asalkan pelajar ingin belajar, pihak institusi akan sentiada menjadi pemudah cara dan membantu apa yang perlu bagi memastikan tiada pelajar yang tercicir dan ketinggalan.

“Pengambilan sesi kali ini meningkat 11 peratus dan ia menunjukkan bahawa Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kini semakin diyakini.

“Angka ini dijangka akan meningkat kerana ada lagi pelajar yang akan mendaftar dalam tempoh terdekat,” ujarnya.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam PSP, Siti Hafsah Zainal Abidin berkata, lebih 900 pelajar baharu telah menerima tawaran kemasukan ke PSP dan mendaftar sesi 1, 2024/2025 pada 28 Julai lalu.

“Mereka ini bakal melakarkan kejayaan, yang datang dari seluruh Malaysia dan telah diberikan taklimat oleh pihak pengurusan tertinggi PSP bersama waris masing-masing” katanya.  – SUARA.TV

author avatar
Mohd Faizul
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat