Ahli Parlimen Pasir Gudang gesa batal jual saham MAHB kepada GIP-BlackRock, bukti solidariti sebenar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sebagai simbol solidariti dengan ribuan rakyat dan pejuang-pejuang Palestin yang telah terkorban dibom dan diserang oleh regim zionis Israel maka Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berpendapat bahawa Malaysia wajib menghentikan sebarang bentuk kerjasama secara langsung atau tidak langsung dengan entiti-entiti yang berkait rapat dengan regim zionis Israel seperti konglomerat pelaburan antarabangsa yang bernama BlackRock.

Justeru itu, beliau turut mendesaak dalam masa masyarakat Malaysia berkabung dan bersedih dengan gugurnya Ismail Haniyeh maka adalah wajar Malaysia membatalkan penjualan sebahagian besar saham MAHB sebuah syarikat strategik negara kita kepada Global Infracture Partners (GIP) yang dikuasai oleh BlackRock.

“Saya menyeru Kerajaan Malaysia khususnya supaya menggerakan inisiatif dinamik diplomatik antarabangsanya ke arah kemerdekaan sebuah negara Palestin yang berdaulat,” gesa Hassan dalam kenyataan pada Khamis.

Menurut beliau, ketika warga dunia berkabung kerana kematian pemimpin Palestin Ismail Haniyeh maka kita mayarakat Dunia juga bertanggungjawab melaksanakan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (ICJ) di Heauge,Belanda baru-baru ini.

Katanya, ini penting semoga kematian Ismail Haniyeh, tiga anak lelakinya dan empat cucunya serta lebih 39,000 rakyat Palestin di Gaza yang dibunuh oleh regim zionist Israel tidak sia-sia.

“ICJ memutuskan bahawa rakyat Palestin berhak hidup dalam sebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat.

“ICJ juga memutuskan bahawa penjajahan Israel ke atas bumi Palestin termasuk Gaza dan Tebing Barat adalah haram kerana melanggar undang-undang antarabangsa.

“Selanjutnya ICJ mengisytiharkan bahawa Israel mesti segera keluar dari bumi Palestin.

“ICJ juga memutuskan bahawa regim Israel telah melakukan pembunuhan beramai-ramai atau genocide ke atas rakyat Palestin di Gaza,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat