PH Gah Laung Kebebasan Media Tapi Menteri Keluar Memo Larang Langgan Akhbar Utusan

KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan Maszlee Malik dilaporkan mengeluarkan arahan meminta semua semua bahagian agensi, sekolah, universiti, kolej dan semua institusi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membatalkan langganan akhbar Utusan Malaysia serta merta.

Memetik laporan FMT, memo arahan bertarikh 18 Julai dari Pejabat Menteri Pendidikan itu ditulis oleh Penasihat Khas Menteri Pendidikan, Wan Saiful Wan Jan dan disampaikan kepada Ketua Setiausaha KPM, Datuk Dr Mohd Ghazali Abas.

Laporan yang sama yang memetik sumber KPM turut mengesahkan kesahihan memo itu.

Arahan tersebut dilihat agak bercanggah dengan laungan kebebasan media dan hak bersuara yang sering dilaungkan oleh pemimpin PH sebelum ini.

Pada 14 Julai lalu, dipetik dari laporan Bernama, Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkata Malaysia kini melalui transisi politik untuk menjadi sebuah negara demokrasi matang dan media memainkan peranan penting dalam membantu merealisasikan objektif itu.

Menurutnya lagi, kerajaan PH hari ini juga lebih terbuka, bersahaja serta bersedia untuk menerima kebebasan media.

“Wartawan tak perlu risau akan menerima panggilan daripada PMO (Pejabat Perdana Menteri) atau daripada menteri-menteri lain,” katanya.

Sebelumnya pada 28 Mei, Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Gobind Singh Deo pula berkata media negara ini perlu diberi lebih kebebasan untuk membuat liputan termasuk mengkritik kerajaan.

“Media merupakan suara kepada rakyat dan kerajaan perlu bersedia menerima kritikan untuk kita boleh lakukan pembaharuan,” katanya.  – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.