Komunis Bertindak Kejam Tembak Mati dan Potong Kemaluan Mayat Mangsa

KUALA LUMPUR – Sudah­lah ditembak hingga mati, mayat itu kemudian dipotong kemaluannya dan disumbat ke dalam mulut.

Itulah antara kekejaman komunis terhadap anggota polis yang masih ke­kal dalam ingatan bekas Pegawai Ope­rasi Pa­sukan F, Cawangan Khas E3 (M) Bukit Aman, Abdul Kalam Suhaimi.

“Ada juga kes di Serendah, Selangor, habis satu kampung dibakar hanya kerana menentang komunis. Tanaman orang kampung ditebang dan kereta api pula dibom hingga terbabas daripada landasan, sekali gus menyekat pergerakan rakyat ketika itu.

“Kekejaman tanpa perikemanusiaan ini dilakukan oleh komunis, jadi buat apa kita hendak iktiraf perjuangan mereka,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

Menurut Abdul Kalam, sewaktu zaman komunis, hendak pergi ke Raub, Pahang dari Kuala Lumpur pun mengambil masa yang cukup lama disebabkan terlalu banyak sekatan jalan.

Pada waktu itu jelasnya, jangan bermimpilah nak makan durian, apatah lagi hendak berjalan-jalan hingga ke kawasan sempadan negara.

“Sebab itu, mereka yang melalui zaman komunis pasti tidak akan menyokong mereka kerana kekejaman yang dilakukan,” jelasnya. – UTUSAN

One thought on “Komunis Bertindak Kejam Tembak Mati dan Potong Kemaluan Mayat Mangsa

  • August 2, 2018 at 3:25 am
    Permalink

    kita mahu negara kita bebas kominis ,pati,rasuah, jenayah dan sbgnya,, kominis adalah pengkhianat negara yg sepatutnya dinyahkan fahaman ,pegangan ideologi dsbnya,,korang yg tak faham perjuangan rakyat pasukan keselamatan dan semua yg terlibat demi mempertahankan maruah negara tak perlulah nak jadi hero … kencing pun bengkok,, kalau korang tak suka nyahlah dari malaysia pergilah duduk negara kominis kan bagus.. mereka yg berjuang demi pertahankan negara ini disanjung sampai bila2,,,jasa mereka tidak terbalas walau ribuan juta dibayar..salute pd yg terkorban demi pertiwi…allah swt jua dapat balas jasa2 mereka… pati nyahkan dari negar ini… serbu tangkap terus menerus tanpa henti bersihkan malaysia dari pati jenayah ,,,,

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.