Fenomena Dentuman Bunyi Guruh dan Kilat Melintang Itu Satu Ingatan – PU Amin

TULAR di media sosial apabila fenomena alam luar biasa berlaku di beberapa kawasan sekitar Cyberjaya dan Puchong lewat petang semalam.

Menurut perkongsian netizen di Internet, berlaku guruh dengan bunyi seakan-akan kereta api berat dalam tempoh lebih kurang seminit di kawasan-kawasan terbabit.

Malah, ada yang sempat menyaksikan cetusan kilat dalam formasi melintang selepas suasana senja dengan matahari jingga terang waktu yang sama semalam.

Mengulas mengenai kejadian tu dalam sudut agama, pendakwah selebriti PU Amin menyampaikan pesanan dan ingatan buat semua.

“Apa yang berlaku semalam satu petanda. Begitulah situasi yang akan dihadapi manusia, bila matahari pula terbit di bahagian barat.

“Ketika itu pintu taubat sudah tertutup, manusia pula tidak berasa mahu meminta ampun. Mereka tertipu dengan kesenangan dan keseronokan hidup.

“Ada pula manusia yang langsung tidak mengendahkan fenomena matahari terbit di bahagian barat, padahal itu adalah tanda kiamat besar bakal berlaku.

“Mereka hanya ambil kamera dan simpan gambar gambar menarik matahari bila terbit di bahagian barat.

“Dua tiga hari ni Allah SWT tunjukkan sesuatu, kiamat berlaku dengan cara yang diberitahu.

“Allah bagi teaser dulu. Masa nak kiamat nanti, langit gelap, matahari hilang cahaya, asap keluar dari perut bumi, gempa bumi dan hancur kesemuanya sekali.

“Bertaubatlah. Aku dan kamu,” tulisnya menerusi entri di Facebook.

Sementara itu, di media sosial pula ramai yang mula berkongsi fenomena alam petang semalam dalam sudut pandangan tersendiri. – Awani

One thought on “Fenomena Dentuman Bunyi Guruh dan Kilat Melintang Itu Satu Ingatan – PU Amin

  • August 2, 2018 at 3:42 am
    Permalink

    kuasa allah swt kita tahk tahu apa pun sebenarnya tak yahlah andai bagai2….sebagai umat ingat sentiasa allah maha kuasa maha adil maha penyayang….

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.