Calon PKR Dinasihat Tidak Bercakap Takbur
SHAH ALAM – Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Lokman Noor Adam menasihatkan pesaingnya supaya tidak terlalu takbur kononnya mampu ‘menyapu bersih’ undi masyarakat India pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis 4 Ogos ini.
Lokman berkata, sebagai seorang yang mempunyai latar belakang agama, calon PKR, Mohd Zawawi Ahmad Mughni atau lebih dikenali Ustaz Zawawi sepatutnya bersifat rendah diri.
“Jika beliau (Mohd Zawawi) cakap boleh sapu bersih, saya rasa takbur sangat sebagai ulama besar di Sungai Kandis.
“Sepatutnya, sifat takbur dan riak tidak perlu ada dalam jiwa seorang ustaz,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat UMNO Bahagian Kota Raja di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan Mohd Zawawi yang menjangkakan mampu menyapu bersih undi masyarakat India pada PRK Sungai Kandis.
Mengulas lanjut, Lokman berkata, jika beliau mampu meraih walaupun dua undi daripada masyarakat India, itu sudah cukup menafikan kenyataan Mohd Zawawi.
“Saya percaya dapat meraih lebih banyak undi masyarakat India,” katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai kenyataan Mohd Zawawi yang khuatir dengan langkah UMNO menurunkan had usia keahlian parti kepada 16 tahun, Lokman berkata, calon PKR itu sendiri perlu sedar dengan tindakannya yang berkempen di sekolah baru-baru ini.
“Baru-baru ini tular di media sosial Mohd Zawawi dengan pakaian berlogokan parti, dilihat dalam kawasan sekolah. Anda fikirlah sendiri,” katanya. – BH
Pingback:Calon PKR Dinasihat Tidak Bercakap Takbur | Malaysia Updates News Portal
ayuh rakyat pilih pkr jadi wakil tolak yg lainnya…jgn jadi dua kali… ph dan pkr saja yg baik bagus bolih tolong rakyat…. dulu teruk jadi tolak terus tuikar macamana pun asal sama jer… rosak musnah hancur,,,, pkr menang besar sg kandis… rakyat dah faham tahu sapa wakil rakyat yg amanah jujur ikhlas intergriti…pkr mesti tawan menang … biar sapu bersih… ayuh rakyat pilih pkr saja yg bolih bela jaga rakyat..
pkr terus menang menang dan menang… terbaik pkr ayauh semua pilih pkr…tolak yg wayang lakon pura2 lebih… pkr mesti menang..ayuh pkr
takbur ye ke… yakin tu yg betul… pkr yakin bersih cekap amanah…. terus maju menang sg kandis..,.,.pkr