Anwar Beri Bayangan Akan Tanding PRK Kerusi Parlimen Dalam Masa terdekat

SHAH ALAM – Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan satu lagi Pilihan Raya Kecil (PRK) akan diadakan bagi membolehkan beliau kembali ke Parlimen.

Semasa menyampaikan ceramah bagi kempen PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis malam Selasa, Anwar memberi sedikit bayangan bahawa seorang Ahli Parlimen akan mengosongkan kerusinya agar beliau dapat kembali ke pentas politik.

“Ada yang kata PRK Sungai Kandis tak penting kerana kami sudah menang majoriti dan Amiruddin Shaari dilantik sebagai menteri besar.

“Namun, ia masih tanggungjawab kita. Terdapat kekosongan kerusi di Sungai Kandis dan juga di Balakong, serta satu kerusi Parlimen juga akan dikosongkan supaya saya dapat bertanding.

“Mereka tidak menyimpang daripada perjuangan kita. Terdapat kenyataan mengelirukan dan saya tidak nafikannya. Namun perdana menteri dan kerajaan tidak pernah menyimpang dari prinsip yang menjadi dasar perjuangan kita,” kata Anwar.

PRK Sungai Kandis diadakan susulan kematian penyandangnya, Shuhaimi Shafiei pada 2 Julai lalu akibat kanser limfoma.

PRK Sungai Kandis menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon PKR, Zawawi Ahmad Mughni, Datuk Lokman Noor Adam (Umno) dan calon BebasMurthi Krishnasamy pada hari pengundian 4 Ogos ini.

Kerusi Balakong pula diisytihar kosong selepas penyandangnya, Eddie Ng Tien Chee meninggal dunia dalam satu kemalangan di Cheras pada 20 Julai lalu. – mstar

One thought on “Anwar Beri Bayangan Akan Tanding PRK Kerusi Parlimen Dalam Masa terdekat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.