12,000 Orang Awam dan Anggota Keselamatan Malaysia Dibunuh Pengganas Komunis

KUALA LUMPUR – Sesiapa sahaja yang menentang komunis, walaupun tidak bersenjata akan dibunuh hingga angka kematian termasuk anggota pasukan ke­selamatan dan orang awam mence­cah 12,000 orang.

Itu yang dikongsikan oleh bekas Timbalan Pegawai Turus Operasi Pasukan F, Cawangan Khas E3M, Bukit Aman, Kamarudin Hashim mengenai kekejaman komunis terhadap rakyat dan pasukan keselamatan.

“Kekejaman mereka memang tidak boleh diterima akal dan sesiapa sahaja yang bersimpati dengan komunis adalah orang yang tidak sedar diri.

“Komunis tidak membuat apa pun untuk kemerdekaan negara, sebaliknya mereka menentang negara dan membunuh pasukan keselamatan hanya kerana mahukan kuasa,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

Menurut Kamarudin, dia sendiri melihat ba­gai­­mana ang­­gotan­ya dibunuh hingga terburai perut, dibakar dan pelbagai lagi ke­kejaman lain.

Jelasnya, pa­­sukan kese­la­ma­tan berjuang selama 20 tahun untuk menghapuskan komunis dan menjadi negara pertama yang menamatkan perjuangan bersenjata komunis.

“Pasukan keselamatan berkorban bermacam-macam untuk menangkap dan menghapuskan komunis sehingga ke akar umbi.

“Kalau betul mereka nak ubah sejarah, tambah sejarah perjuangan polis untuk kebebasan rakyat dan bukan me­ngangkat perjuangan komunis yang penuh dengan kekejaman,” jelasnya. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.