Anzalna Nasir Minta Maaf Tuduhan Meroyan

Pelakon Anzalna Nasir memohon maaf atas keterlanjuran tulisannya di ruangan komen laman Instagram miliknya.

Akaun Instagram pelakon drama bersiri Memori Cinta Suraya ini menjadi medan perbalahan netizen yang mendakwa adik Anzalna, aktres Afifah Nasir sebagai orang ketiga dalam rumah tangga penyanyi Aliff Aziz.

“Saya dengan rasa rendah diri ingin memohon maaf atas keterlanjuran kata kepada semua pihak, termasuk pihak sana,” kata Anzalna.

Andalan yang meletakkan mod privasi di Instagramnya berkata dia bertindak demikian bukan kerana takut.

“Saya tak takut, tetapi saya enggan mengeruhkan lagi keadaan. Saya rasakan tindakan untuk meletakkan akaun Instagram dalam mod private buat masa ini adalah tindakan terbaik dan saya sendiri tidak perlu melibatkan diri dalam perkara ini.

“Apa yang boleh saya katakan, saya tidak menyebelahi mana-mana pihak. Sejujurnya, saya sendiri rasa gembira melihat Aliff Aziz dan Bella Astillah masih bersama.

“Berkenaan dengan kejadian tersebut, saya harap semua pihak boleh menantikan sendiri kenyataan dari adik saya,” kata Anzalna.

Jumaat lalu, Aliff dilaporkan telah ditahan pihak polis atas dakwaan mengasari isterinya, Bella Astillah di sebuah pusat karaoke. Ketika ditahan, Aliff didakwa ada bersama dengan Afifah di pusat karaoke tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.