Tun Mahathir Belum Kemuka Permohonan Parti Baharu Kepada RoS

PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad belum mengemukakan permohonan penubuhan parti politik baharu kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS), kata bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

 

Anak kepada Tun Dr Mahathir itu berkata “banyak perkara perlu fikirkan dulu” sebelum menghantar borang kepada RoS.

 

“Kita tunggu dan lihat dulu. Kalau dipersetujui rakan-rakan lain, Tun Mahathir akan menghantar sendiri borang itu kepada pihak RoS dalam jangka masa terdekat.

 

“Sehubungan itu, kami meminta RoS memberi pertimbangan sewajarnya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra bersama Tun Dr Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana anjuran Kelab Che Det Malaysia.

 

Sebelum ini, Tun Dr Mahathir mengumumkan bahawa beliau akan menubuhkan satu parti politik baharu untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 akan datang.

 

Ditanya mengenai perbincangan dengan parti pembangkang lain dan juga badan-badan bukan kerajaan (NGO), Mukhriz berkata ‘respons baik dan semua bersemangat’ menyokong pendaftaran parti baharu itu.-Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.