Rihanna Benci Pokemon Go

Artis Rihanna amat bencikan aplikasi permainan popular dunia, Pokemon Go yang dilancarkan baru-baru ini.

 

Menerusi portal E! News melaporkan, pelantun lagu Love The Way You Lie bukan sekadar membenci permainan itu, bahkan turut melarang peminatnya bermain aplikasi berkenaan ketika menyaksikan konsert jelajahnya di Lille, Perancis kelmarin.

 

“Kalian hadir di sini untuk menyaksikan persembahan saya. Jadi, saya tidak mahu anda semua menghantar mesej kepada kekasih masing-masing mahupun bermain Pokemon Go di sini,”katanya.

 

Tindakan Rihanna mengundang pelbagai reaksi daripada peminatnya di laman sosial terutamanya yang meminati permainan tersebut.-SuaraTV

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.