Militan Iraq Serang Kemudahan Menyimpan Minyak

BAGHDAD – Sekumpulan militan di utara Iraq menyerbu sebuah kemudahan menyimpan minyak, hari ini dan meletupkan sebuah tangki minyak hingga menyebabkan api menjulang tinggi.

 

Sumber keselamatan berkata, serangan di stesen Bai Hassan yang terletak kira-kira 40 kilometer ke barat daya Kirkuk berlaku selepas serangan awal pagi di stesen gas berhampiran yang menyebabkan empat pekerja terbunuh.

 

Tidak diketahui sama ada berlaku kemalangan jiwa dalam serangan kedua itu.

 

Setakat ini tiada pihak mengaku bertanggungjawab ke atas kedua-dua serangan itu tetapi militan IS berulang kali menyasarkan sumber tenaga di kawasan berkenaan. – Reuters.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.