Tiada Menteri Besar Akan Digugurkan – TPM

Bagan Datoh – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan spekulasi ada Menteri Besar akan digugurkan.

 

Beliau mengesahkan perkara itu pada sidang media di Wisma UMNO Bagan Datoh di sini sebentar tadi.

 

Katanya, perkara mengenai pertukaran Menteri Besar juga tidak dibincangkan dalam pertemuan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri semalam.

 

“Saya tidak mahu mendahului Perdana Menteri dalam membuat keputusan tapi yakinlah bahawa tidak akan berlaku rombakan atau sebarang pertukaran di mana-mana negeri dan jangan timbul spekulasi mengenainya,” katanya.

 

Petang semalam Najib mengadakan perjumpaan tertutup dengan 13 pemimpin Umno Negeri.

 

Perjumpaan yang berlangsung hampir tiga jam itu dipercayai taklimat Perdana Menteri berhubung perkembangan politik semasa negara.

 

Ia berkemungkinan berkaitan beberapa isu semasa susulan rombakan kabinet dan pelantikan Peguam Negara yang baru.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.